Pengacara Linux Outlaws

Fabian Scherschel

Hos Linux Outlaw: Fabian Scherschel

Fabian Scherschel merupakan penuntut universiti dari Bonn, Jerman yang bertugas separuh masa di sebagai salah seorang sokongan teknikal sebuah Pembekal Perkhidmatan Internet (ISP) dan pada masa yang lain menggodam (hacking) sesuatu, mendengar muzik rock, atau menonton Firefly (sebuah siri televisyen). Buat masa sekarang beliau menggunakan sistem pengoperasian Arch Linux sebagai sistem utama komputer.[2] Laman sesawang/blog Fabian buat masa sekarang adalah Dehype.

Dan Lynch

Hos Linux Outlaw: Dan Lynch

Dan Lynch merupakan seorang pengatur cara, pemuzik, dan penerbit dari Merseyside, UK. Beliau pernah bertugas di NHS sebagai pembangun .NET sebelum beralih arah daripada teknologi Microsoft ke penyokong sumber terbuka.

Laman Dan yang memfokuskan Linux semasa adalah danlynch.org. Beliau merupakan hos bersama FLOSS Weekly. Pada awal 2010 Dan menubuhkan kumpulan 20lb Sounds. Beliau juga menerbitkan podcast Free as in Freedom[3].